Friday, July 9, 2010

Bulan Bahasa

Saya telah membaca suratkhabar 'Berita Harian'. Banyak aktiviti telah diadakan sempena bulan bahasa. Tema untuk bulan bahasa pada tahun ini ialah 'Bahasa Kita. Gunakanlah'. Tema ini amat menarik kerana ia ringkas serta menangkap perhatian.

Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan ialah menulis cerpen, bercerita dan forum bahasa. Bengkel-bengkel juga diadakan seperti bengkel deklamasi puisi.

Ada beberapa aktiviti yang say berminat untuk turut serta. Mungkin saya akan menghadiri beberapa bengkel atau aktiviti jika saya ada masa lapang. Saya akan memberitahu ibu bapa saya tentang aktivit-aktiviti bulan bahasa dan mereka boleh memberi pendapat tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

Saya berasa gembira kerana ada banyak aktiviti yang bagus. Saya jarang mendapat peluang untuk menghadiri bengkel-bengkel sebegini dan saya harap ia akan diadakan lagi.

Tuesday, July 6, 2010

Cuti Semester

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah melakukan banyak aktiviti. Kadangkala saya rasa bosan apabila cuti sekolah tiba. Setiap tahun saya tidak melancong. Saya faham ibu bapa saya sibuk bekerja dan tidak mempunyai cukup wang untuk pergi melancong. Negara yang paling jauh saya pernah pergi ialah Indonesia semasa saya berusia empat tahun. Selepas itu, saya tidak melancong lagi. Saya juga berasa gembira kerana pelbagai aktiviti yang saya boleh buat semasa cuti sekolah.

Pada minggu pertama cuti sekolah, saya harus kembali ke sekolah kerana ada latihan pancaragam selama tiga hari. Saya dikehendaki datang kerana saya harus berlatih untuk acara yang akan datang tidak lama lagi. Pada latihan yang terakhir, guru pancaragam saya telah mengadakan pesta untuk kami yang telah memasuki pertandingan 'SYF'. Saya dapat makan piza. Ia sungguh lazat! Saya juga telah tidur di rumah mak cik saya beberapa hari.

Pada minggu kedua, saya telah pergi ke Ang Mo Kio Hub bersama mak cik dan anak saudara saya. Kami mebeli-belah. Saya telah membeli sebuah dompet. Saya juga telah menyambut hari lahir bapa saya yang ke 47. Kami sekeluarga makan malam bersama-sama di West Coast. Bapa saya sungguh gembira.

Pada minggu ketiga, saya telah menyambut Hari Bapa. Bapa saya mengajak saya dan ahli keluarga yang lain bersiar-siar. Saya telah melawat pak cik saya di 'Singapore General Hospital'. Dia sesak nafas dan menghidapi penyakit ginjal. Saya sedih melihatnya terlantar di hospital.

Pada minggu yang terakhir, saya kembali ke sekolah untuk pembelajaran berfokus selama tiga hari. Ia sungguh seronok! Saya juga pergi ke Sheng Siong untuk membeli keperluan dapur bersama keluarga.

Saya rasa cuti semester ini seronok walaupun saya tidak melancong. Ibu bapa saya telah membawa saya dan abang-abang saya ke pantai Changi. Kami meluangkan masa bersama. Banyak aktiviti yang saya boleh lakukan walaupun di sini. Saya kini sedar bahawa kita tidak perlu melancong hanya untuk keseronokan.

Tuesday, June 29, 2010

Rakan Baik Saya

Saya mempunyai dua rakan baik. Mereka adalah Syahiratul Tsaqifah dan Bazlaa. Kami berkenalan sejak darjah tiga. Kami bertiga di kelas yang sama. Sejak hari yang kami mula berjumpa dan berkenalan, kami menjadi kawan baik.

Bazlaa adalah seorang kawan yang lucu. Dia sering membuat saya ketawa. Syahiratul pula ialah seorang kawan yang memahami saya. Apabila saya mempunyai masalah, saya akan berkongsi masalah saya dengan mereka. Mereka akan sentiasa memberi nasihat dan bantuan kepada saya. Saya rasa selesa bersama mereka. Kami selalu meluangkan masa bersama-sama. Jikalau kawan-kawan saya yang lain ternampak kami, mereka selalu memberitahu kami bahawa kami sungguh rapat. Saya tersenyum mendengar kata-kata itu tetapi itu hanya buat sementara sahaja.

Apabila kami di darjah lima, kami tidak rapat seperti dahulu. Saya dan Bazlaa tetap di kelas yang sama tetapi Syahiratul tidak lagi. Dia berada di kelas yang lain. Saya berasa sungguh sedih kerana saya tidak dapat berjumpa dengan Syahiratul seperti dahulu. Kami tidak rapat lagi. Syahiratul mempunyai ramai kawan di kelasnya. Kami masih lagi berjumpa tetapi hanya pada waktu rehat.

Beberapa bulan kemudian, saya bergaduh dengan Syahiratul. Saya hampir kehilangan seorang daripada kawan baik saya. Kami tidak bercakap untuk beberapa hari. Dia tidak mahu berkawan dengan saya lagi. Saya berasa sungguh sedih dan serba salah. Saya memikirkan apa yang telah menyebabkan kami bergaduh. Setelah lama berfikir, saya rasa mungkin saya adalah penyebabnya. Saya pun meminta maaf daripada Syahiratul. Dia memaafkan saya dan kami menjadi kawan semula. Saya berasa lega dan gembira.

Kejadian itu mengajar saya bahawa setiap persahabatan tidak semestinya sempurna. Dalam persahabatan kadangkala ada pergaduhan yang tidak dijangkakan. Sejak hari itu, saya memahami bahawa Syahiratul juga ada kawan-kawan yang lain dan tidak harus melayan saya sahaja. Saya gembira kerana kami masih berkawan sehingga hari
ini.