Tuesday, July 6, 2010

Cuti Semester

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah melakukan banyak aktiviti. Kadangkala saya rasa bosan apabila cuti sekolah tiba. Setiap tahun saya tidak melancong. Saya faham ibu bapa saya sibuk bekerja dan tidak mempunyai cukup wang untuk pergi melancong. Negara yang paling jauh saya pernah pergi ialah Indonesia semasa saya berusia empat tahun. Selepas itu, saya tidak melancong lagi. Saya juga berasa gembira kerana pelbagai aktiviti yang saya boleh buat semasa cuti sekolah.

Pada minggu pertama cuti sekolah, saya harus kembali ke sekolah kerana ada latihan pancaragam selama tiga hari. Saya dikehendaki datang kerana saya harus berlatih untuk acara yang akan datang tidak lama lagi. Pada latihan yang terakhir, guru pancaragam saya telah mengadakan pesta untuk kami yang telah memasuki pertandingan 'SYF'. Saya dapat makan piza. Ia sungguh lazat! Saya juga telah tidur di rumah mak cik saya beberapa hari.

Pada minggu kedua, saya telah pergi ke Ang Mo Kio Hub bersama mak cik dan anak saudara saya. Kami mebeli-belah. Saya telah membeli sebuah dompet. Saya juga telah menyambut hari lahir bapa saya yang ke 47. Kami sekeluarga makan malam bersama-sama di West Coast. Bapa saya sungguh gembira.

Pada minggu ketiga, saya telah menyambut Hari Bapa. Bapa saya mengajak saya dan ahli keluarga yang lain bersiar-siar. Saya telah melawat pak cik saya di 'Singapore General Hospital'. Dia sesak nafas dan menghidapi penyakit ginjal. Saya sedih melihatnya terlantar di hospital.

Pada minggu yang terakhir, saya kembali ke sekolah untuk pembelajaran berfokus selama tiga hari. Ia sungguh seronok! Saya juga pergi ke Sheng Siong untuk membeli keperluan dapur bersama keluarga.

Saya rasa cuti semester ini seronok walaupun saya tidak melancong. Ibu bapa saya telah membawa saya dan abang-abang saya ke pantai Changi. Kami meluangkan masa bersama. Banyak aktiviti yang saya boleh lakukan walaupun di sini. Saya kini sedar bahawa kita tidak perlu melancong hanya untuk keseronokan.

No comments: